SELAMAT DATANG !!!!
Visi
Pusat Sumber Sekolah Penjana Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Teknologi Pendidikan menjelang 2011
Misi
Memperkasakan
Teknologi Pendidikan dalam Kalangan Pendidik bagi Meningkatkan Proses
Pengajaran dan Pembelajaran Selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Matlamat
1.
Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah iaitu pencapaian yang
cemerlang dari segi keilmuan, tingkah laku, sikap, peranan positif dalam
masyarakat.
2. Membentuk profesion pergurusan yang berilmu,
dinamik, kreatif, inovatif dan berdisplin untuk membantu pembinaan
sahsiah guru-guru n supaya mereka memainkan peranan yang berkesan dalam
pembangunan negara, bangsa dan agama. Jadi amatlah penting jika semua
sifat dan sikap ini diperkembangkan dalam kalangan guru-guru dengan
mendampingi dirinya dengan Pusat Sumber Sekolah, barulah mereka boleh
memimpin.
3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamik dan
berdisplin untuk membantu pembinaan sahsiah pelajar sendiri supaya
dapat memainkan peranan yang positif apabila mereka menamatkan
persekolahan dan balik ke pangkuan masyarakat. Pelajar-pelajar sebagai
pemimpin masa depan dan harapan negara seharusnya melengkapkan diri
mereka dengan ilmu pengetahuan.
4. Menawarkan segala kemudahan-kemudahan dan maklumat yang diperlukan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar.
Objektif
1.
Mengumpul, menyimpan dan mengedar barbagai-bagai maklumat. Dunia
sekarang adalah dunia maklumat. Apabila guru hendak mengajar, ia mesti
mempunyai maklumat. Maklumat-maklumat yang dikumpul dan disimpan oleh
Pusat Sumber Sekolah adalah berbagai-bagai jenis dan bentuknya seperti
bahan-bahan cetak dan bahan-bahan bukan bercetak. Penyampaian maklumat
pula dapat diperoleh dalam berbagai-bagai bentuk seperti buku-buku,
majalah, risalah, cd dan sebagainya.
2. Mempertingkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran. Koleksi Pusat Sumber Sekolah lengkap dan
kemas kini. Setelah menggunakan Pusat Sumber Sekolah guru dan
pelajar-pelajar mesti ada perubahan perlakuan. Maklumat-maklumat yang
disampaikan mestilah yang mencabar minda dan imaginasi yang merangkumi
aspek kognitif, afeletif dan psikomotor.
3. Menawarkan khidmat runding dan nasihat.
Khidmat
runding dan nasihat ini hendak ditawarkan bila-bila masa yang
diperlukan. Perkhidmatan ini diberikan dalam bentuk tunjuk ajar,
bengkel, kursus, pameran, temu bual, dialog dan sebagainya. Tujuannya,
mempertingkatkan produktiviti profesion perguruan.
4. Membina program-program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
Pusat
Sumber Sekolah menghasilkan bahan-bahan pendidikan yang tidak dapat
dibeli di pasaran. Bengkel atau pertandingan boleh dianjurkan misalnya
membuat transperansi OHP, persembahan power point. Dengan cara ini Pusat
Sumber Sekolah dapat membantu guru mengurangkan kos pembelian alat-alat
Bantu mengajar dan melatih guru-guru lebih bersikap professional.